KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik bermulanya peralihan fasa kedua hari ini 10 Julai  2021 untuk negeri sabah. SOP MKN yang dikeluarkan tidak pun bercanggah dengan pendirian kerajaan Negeri Sabah yang sudah pun melaksanakan beberapa kelonggaran termasuk membolehkan Dine-in di sabah.
Presiden PRESBAH Hj Yahya Hj. Ahmad dalam satu kenyataan berkata SOP MKN itu mengingatkan mana – mana pihak tidak lagi mengelirukan orang ramai khususnya para peniaga. Segala keputusan dan pendirian kerajaan Negeri sepertimana kenyataan rasmi oleh YAB. Perdana Menteri adalah muktamad wajar dihormati dan dihargai.
SOP MKN seharus diberhentikan dari dipolitikkan, katanya.
“Kita tidak perlu menyamakan atau membanding segala dengan SOP yang dikeluarkan negeri – negeri di Semenanjung. Selaku Presiden PRESBAH dapat memahami, inilah kelebihan cara pengurusan terbaik Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengelola pendekatan politik bijak berhemah dengan semua  pertimbangan demi kepentingan rakyat selain membawa penyelesaian bentuk masalah berbangkit melibatkan dua pihak kerajaan secara tenang dan harmonis.
” Kita juga turut merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang memahami niat baik  YAB Ketua Menteri dan hasrat Kerajaan negeri terhadap keutamaan  kesejahteraan rakyatnya atas pendirian diambil.”
“Pandangan kita soal peningkatan kes positif baik di Sabah sudah tentu mengambil kira usaha kerajaan melalui Jabatan Kesihatan melakukan pengawalan  pro aktif dengan saringan menyeluruh kepada komuniti yang diwartakan kawasan PKPD. Bagi kes di Selangor dan Kuala Lumpur juga rasanya lebih kurang faktor peningkatan kes baru sama selain saringan besar – besaran di kilang – kilang perusahaan. Ini bagi kita faktor peningkatan mendadak semantara untuk memudahkan kerajaan memahami punca penyumbang, disamping fokus mengerakkan pemantuan, penyaringan, pengawalan dan gerak kerja proses pemberian vaksin lebih dipertingkatkan.”-pr/BNN