RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat pengedar makanan terkemuka, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) di atas keprihatinan dan sumbangan kepada penduduk yang terkesan di negeri ini, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kundasang.
“Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada KTC atas sumbangan murni ini,” katanya.
Menurut Pengurus Besar KTC, Dexter Lau, pihaknya menyumbang sebanyak 3,600 kotak susu UHT pada Khamis.
Secara keseluruhannya, setakat ini, sebanyak RM318,500 susu UHT telah diagihkan kepada penduduk di beberapa daerah di Sabah.
“Edaran ini merupakan edaran kedua, dan pada hari ini pihak kami menghantar 50 kotak susu.
Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, susu UHT berkenaan sepatutnya adalah untuk pelajar sekolah dalam DUN Kundasang.
Tetapi memandangkan sekolah masih ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang masih berjalan katanya,  susu berkenaan di hantar ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di Kampung Timbua dan Kampung Meridi untuk diagihkan kepada para penerima vaksin.
Beliau juga berharap lebih banyak lagi daripada pihak swasta akan tampil untuk menyumbang kepada mereka yang terkesan.
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri, Japli Sami mewakili Dr. Joachim semasa menerima sumbangan susu UHT tersebut.-pr/BNN
Sami Japli (empat dari kiri) menerima susu UHT daripada wakil KTC. Turut serta ialah kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan ahli jawatankuasa Induk, Pemuda dan Wanita (IPW) Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Kundasang.