KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mewakili
kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah secara maya kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong Bin Haji Puyon, 82 dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1443H tahun ini.
Kerajaan negeri turut merakamkan terima kasih atas sumbangan Ampong dalam kemajuan dan kemakmuran negeri ini, khususnya dalam pembangunan modal insan serta syiar Islam, di samping khidmat bakti dalam aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan.
Penerima Tokoh Maal Hijrah itu turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM25,000.-pr/BNN