SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam  telah mengadakan lawatan kerja ke Sandakan.
Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, telah diberikan taklimat semasa lawatan kerja ke POIC Sandakan.
Dalam taklimat selama 40 minit yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn Bhd Bacho Jansie, Dr. Joachim diberikan penerangan mengenai Hala tuju serta cabaran yang dihadapi POIC Sandakan.
Setakat ini, POIC Sandakan adalah dibawah kendalian Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.
Dr. Joachim berharap agar POIC Sandakan akan dapat menjalinkan kerjasama erat dengan POIC Lahad Datu terutamanya dalam menarik pelabur-pelabur yang berpotensi.
Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian, YB Mohd Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn. Bhd, Lynette Hoo, Presiden Persekutuan Industri Sabah (FSI), Richard Lim, serta pegawai-pegawai kerajaan lain.-pr/BNN
Dr. Joachim (kanan) mendengar penerangan semasa lawatan kerja ke POIC Sandakan kelmarin