KOTA KINABALU – Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) menyambut baik cadangan Kerajaan Malaysia dalam kenyataan YAB Perdana Menteri pada 13 Ogos bersama memulihkan negara dalam keadaan pandemik Covid 19 ini.
Pengerusi Skuad KPS, Mohd Taufik Ismail berkata Semua pihak samada daripada kerajaan atau pembangkang perlu berganding bahu dalam  memfokuskan membantu negara dalam mengekang pandemik covid 19 ini daripada terus melanda malaysia. Ini dapat dilihat  tindakan Perdana Menteri atas kesediaan dan keterbukaan kerajaan untuk berbincang bersama semua pihak termasuk parti politik pembangkang bagi mengutamakan isu rakyat dan negara dalam tempoh pandemik ini.
Kerjasama bipartisan ini diharapkan akan membawa negara malaysia lebih maju ke hadapan dan mencapai kemenangan  bersama dalam mengharungi pandemik covid 19 ini.
“Pada masa kini, pertukaran kepimpinan dan kerajaan sedia tidak akan menjamin kejayaan kemenangan kepada pandemik ini, malahan ia akan merencatkan perancangan sedia ada terutama program vaksinasi dalam usaha kita untuk mencapai imunisasi kelompok.”
“Pada masa kini, semua pihak perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu keperluan asas serta cara memulihkan ekonomi rakyat dan negara. Oleh yang demikian, gencatan politik perlu sehingga PRU15 akan lebih menstabilkan negara dan akan memastikan pemilihan kepimpinan baru  adalah daripada mandat dan kuasa rakyat untuk menentukan siapa yang akan memimpin dan mentadbir negara.”-pr/BNN