KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai yang meninggal dunia di sini, pada Isnin.

“Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun, bekas Tuan YangT erutama (TYT) Sabah terutama kepada isteri beliau, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Siti Rukaiyah Abdullah atas pemergian suami beliau. Jasa Tun kepada Sabah amat besar. Moga roh dicucuri rahmat.

“Tun Sakaran adalah seorang tokoh yang sangat berjasa khususnya bagi Negeri Sabah. Jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Sakaran sama ada dalam politik, pentadbiran dana agama amat besar nilai dan maknanya untuk negeri dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Tun Sakaran pernah memegang jawatan bekas Ketua Menteri Sabah danbekas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Beliau juga adalah Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pertama dan pernah dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H Peringkat Kebangsaan.

Hajiji turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agarseluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Tun Sakaran adalah pemimpin politik yang berpengaruh di negeri ini. Semoga seluruh keluarga besarnya sabar menghadapi dugaan ini.

“Mari bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama hamba yang dikasihi Allah SWT,” katanya.

Tun Sakaran pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna sejak sejak 1967 sehingga tahun 1994 dan Ahli Parlimen Semporna sejak 1974 sehingga tahun 1990.-pr/BNN

SHARE
Previous articleAL-FATIHAH
Next articleAl-fatihah