KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah Tuan Haji Yahya Ahmad menzahirkan rasa sedih atas pemergian seorang lagi pemimpin sabah yang cukup berjasa almahrum Tun Haji Sakaran Dandai selepas pemergian almahrum Datuk Lajim Haji Ukin yang juga banyak sumbangan serta jasanya kepada negeri serta rakyat.
Menurut Presiden Presbah, ujian pandemik covid-19 ini cukup menguji kita semua dan cukup besar kesanya.
“Bagi saya, Tun juga banyak berjasa dalam syiar islam dan USIA dan kita berdoa moga pemergian Almahrum Ayahnda Tun Haji Sakaran Dandai dilimpahi rimbun rahmat dan tergolong dalam golongan muttakin mukminin.”
Menurut beliau seluruh warga Presbah turut merasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga almahrum agar dapat bersabar bertabah atas ujian ini. Dari Allah kita datang dan kepadanya juga kita akan kembali.-pr/BNN