KOTA KINABALU : UMNO perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya untuk mengelakkan parti itu ditolak masyarakat pada pilihanraya umum ke-15 (PRU) akan datang.
Ketua UMNO Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin berkata meski pun telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh UMNO /Barisan Nasional untuk rakyat , namun ianya tidak lagi menjadi perkiraan ketika mereka berhadapan dengan cabaran kesihatan dan ekonomi ketika negara berhadapan dengan penularan Pandemik COVID-19
“ Apa yang rakyat mahukan ialah tindakan serta merta membantu mereka(rakyat) yang terhimpit dengan cabaran kehidupan ketika ini, selain menyelasaikan isu isu yang tertunggak” katanya ketika berucap merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Pidato On Line secara maya anjuran Biro Penerangan Umno Sabah di bangunan Umno di sini.
Hadir sama secara maya Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Sufian,Timbalan ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan,Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dan Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Raimee Unggi.
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata pemilihan Naib Presiden Umno Datuk Sri Ismail Sabri Yakub sebagai Perdana Menteri ketika ini wajar menjadi penyuntik semangat untuk semua ahli Umno bersatu padu mengukuhkan semangat perjuangan UMNO / Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
“Perubahan ini UMNO mesti teliti, UMNO mesti lakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya dengan pendekatan serta tindakan dilakukan di peringkat bahagian dan cawangan selari dengan keadaan semasa” katanya
Bung berkata, walau sehebat mana sejarah parti itu, namun ia bukan jaminan penerusan kuasa dan kejayaan parti berkenaan jika ia tidak berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan semasa.
“Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah tetapi kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang telah lahir 75 tahun lalu, kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap jadi parti pilihan rakyat pada mana-mana tempat dan keadaan.
“Kita mesti akur dan mesti insaf, mana-mana parti yang tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa meskipun parti itu sehebat mana, budi sebesar mana, kejayaan setinggi mana sekalipun, parti itu akan tetap tergugat kedudukannya” jelas Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan.
Dalam masa yang sama, Bung turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya mendahulukan rakyat dalam apa keadaan sekalipun untuk mengelakkan parti itu dilihat sebagai parti berkepentingan sendiri.
Mengulas pertandingan tersebut Bung berkata ianya merupakan pendekatan terbaik meskipun dilaksanakan secara maya bagi mencungkil bakat pemidato yang boleh dimanafaatkan oleh parti ketika berada menghadapi PRU.
“ Kita perlu sedar dan perlu bersedia menghadapi norma baharu ketika pandemik Covid-19 melanda negara dan keadaan mungkin akan mengambil masa lama sehingga kita berhadapan PRU akan datang yang menghadkan kita berkempan cara tradisional” katanya.
Menurut Bung cara berkempen melalui maya seperti sidang vedio dan lain-lain perlu dimanafaatkan dalam norma baharu dengan penambahbaikan cara penyampaian , teknik dan isu yang dibangkitkan agar sampai ke peringkat sasaran.
Dalam pada itu Pertandingan Pidato On Line itu disertai 23 perserta pemidato dari seluruh bahagian UMNO Sabah.
Johan dimenangi oleh peserta yang mewakili Kalabakan Mohd Fikri Mohd Jumat tempat kedua Nornikman Ag.Kati yang mewakili bahagian Kimanis dan tempat ketiga Dg Sabrina Pg.Jaafar wakil dari UMNO bahagian Papar.-pr/BNN