KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) daripada 2 organisasi untuk petugas barisan hadapan (frontliners), di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.
Dua organisasi itu ialah Persekutuan Industri Sabah (Federation of Sabah Industries (FSI) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China Cawangan Sabah (Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Sabah Branch).
FSI menyumbang sebanyak 1,000 kotak pelitup muka (KN 95) yang disampaikan oleh
Presidennya, Encik Richard Lim bersama Timbalannya Datuk Harun Ismail, Naib Presiden;
Natalie Fung dan Dino Ang. Manakala Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Sabah Branch diwakili oleh Presidennya, Encik Michael Chin menyumbang pelbagai peralatan perlindungan diri, antaranya pelitup muka, baju PPE dan sarung tangan.
Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada FSI dan MCCC kerana menyumbang PPE untuk kegunaan pasukan barisan hadapan. “Usaha memerangi pandemik COVID-19 memerlukan sokongan, dokongan dan penglibatan daripada semua pihak, termasuk rakyat jelata yang wajib terus mematuhi SOP yang ditetapkan”, katanya. Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN), Datuk Hajah Masnah Matsalleh.-pr/BNN