PAPAR: Parti Maju Sabah (SAPP) N27 Limbahau pada Jumaat lepas telah  mengunjungi Klinik Kesihatan Papar Sabah dan menyampaikan sumbangan 100 set peralatan pelindung diri (PPE), 24 kotak topeng muka dan 20 unit termometer infra merah yang  diterima oleh Pengarah Kesihatannya, Dr Alfred Aldrin.
Edward Dagul, Timbalan presiden SAPP, yang menyampaikan sumbangan tersebut turut  berbincang mengenai banyak perkara dengan Dr Alfred.
Sementara itu rombongan Edward juga mendapat penjelasan daripada  Dr Alfred mengenai program vaksinasi dan usaha petugas kesihatan dalam  rombongan Edward juga diberi penjelasan oleh Dr Alfred mengenai program vaksinasi dan usaha oleh petugas kesihatan dalam membendung kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat dan kritikal.
Edward, yang juga ketua CLC SAPP Limbahau berjanji akan terus berusaha untuk membantu barisan hadapan dalam usaha mereka untuk memerangi wabak Covid-19 terutama di daerah Papar dan Sabah juga.
“Peralatan sumbangan PPE ini adalah sebahagian dari sumbangan Kedutaan Besar China yang diterima oleh Ibu Pejabat SAPP pada 30 Ogos. Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu dan meringankan beban kakitangan barisan hadapan di Klinik Kesihatan Papar,” katanya.
Edward juga mengingatkan Orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan mendaftar dalam program vaksinasi untuk mengindahkan seruan Pemerintah agar Sabah mencapai imuniti kelompok dengan segera.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Nelson Marcellus, Ahli Majlis Tertinggi SAPP dan Ketua Pemuda Limbahau, Puan Josie Jilip, ketua Wanita SAPP Limbahau dan Setiausaha CLC George Yutop SAPP N27 Limbahau.-pr/BNN