KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, hari ini.

Bapak Krishna Djelani di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. Krishna yang telah berkhidmat selama 5 tahun di Sabah, akan berpindah ke Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia. Krishna berkata, kunjungan itu bagi mengucapkan terima kasih kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri atas kerjasama yang sangat bagus yang telah diberikan sehingga memudahkan urusan pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia Di Sabah.-pr/BNN

Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Bapak Krishna Djelani semasa kunjungan itu.