KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Tahlil sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tahun Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin.

Majlis Tahlil merupakan salah satu daripada beberapa siri acara yang akan diadakan sempena sambutan Hari Jadi rasmi TYT, tahun ini. Hajiji turut menyerahkan sumbangan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) sebanyak RM9,000 dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama dan Tahfiz daripada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM70,000 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kota Kinabalu.

Sumbangan Pengurusan dan Pengimarahan Masjid sebanyak RM10,000 kepada Masjid Nurul Hikmah dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM30,000 kepada SAR Madrasah Islamiah Nurul Hikmah.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Haji Kadzim M. Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Haji Mohd.Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alar Sekitar, Datuk Jafry Ariffin.-pr/BNN

Hajiji (tiga dari kiri)menyerahkan sumbangan RM70,000 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kota Kinabalu.