KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, hadir
sebagai tetamu kehomat dan saksi bagi penyerahan Portable Ultrasound Machine dan
sumbangan dana daripada lebih 10 penderma kepada Kinabalu Pink Ribbon, di Dewan
Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.

Juliah, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menjadi saksi penerimaan Portable Ultrasound
Machine kepada Kinabalu Pink Ribbon yang disumbangkan oleh Kumpulan Sawit
Kinabalu diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Bacho Jansie.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Laura
Bazan; Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Panglima Cecelia Edwin dan Isteri
Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit; Ketua Jabatan dan Pakar Perunding
Pembedahan Payudara dan Endokrin Hospital Queen Elizabeth 2, Dr Siti Zubaidah
Sharif dan Pengasas Kinabalu Pink Ribbon, Datin Lucilla Pang.

Terdahulu dalam ucapannya, Laura merakamkan terima kasih atas sokongan padu
daripada isteri Ketua Menteri bagi menjayakan kempen kesedaran kanser payudara di
negeri ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma sehingga berupaya
membeli Portable Ultrasound Machine untuk kegunaan ketika projek luar jangkauan
(outreach) kami nanti.

“Mesin ini akan dapat mengenal pasti sebarang kelainan dan membuat pengesanan
serta sasaran untuk mendapatkan sampel bagi tumor yang ada. Pengesanan awal ini
memudahkan rawatan susulan sekiranya ia mengandungi sel kanser,” katanya.

Sementara itu, selain Kumpulan Sawit Kinabalu, penderma lain yang turut menyumbang
dana ialah Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) dan Andamy Properties
Sdn Bhd, yang diwakili oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Andrew Liew sebagai Presiden
SUCCC dan Pengarah Urusan Andamy; Tan Sri Datuk David Chu; Presiden Persatuan
Komuniti Cina Bersatu Sabah, Datuk Susan Wong Siew Guen; Datin Carlota Lo Nee
Bazan; Datuk Johnny Yong; Sapulut Forest Development Sdn Bhd yang di wakili Datuk
John Lo; Ketua Pegawai Eksekutif Forest Solutions Malaysia Sdn Bhd, Glen Macnair dan Advance Grow Sdn Bhd diwakili Ko Yin Lung serta Wijaya Daya Sdn Bhd; Expertserve Corporate Services Sdn Bhd dan Borneo Rizqia Sdn Bhd.-pr/BNN

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (kanan) diiringi Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Laura Bazan menerima replika cek daripada Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Group, Datuk Bacho Jansie (kiri) pada Majlis Penyerahan Rasmi Portable Ultrasound Machine dan Penyerahan Dana kepada Kinabalu Pink Ribbon di Dewan Bangkuasi, Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.