KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak menyokong penuh serta menghormati keputusan Presiden, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan.
BERSATU Sarawak juga akan menyokong penuh usaha dan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg serta akan merencana dan memastikan parti itu memperolehi kemenangan cemerlang pada PRN yang akan berlangsung pada 18 Disember depan.
Saya bersama Tan Sri Muhyiddin menghormati pandangan dan permintaan GPS supaya parti GPS diberi laluan pada pilihan raya ini kerana kita yakin GPS mempunyai kekuatan tersendiri sebagai parti yang telah membantu membina Sarawak dan rakyatnya sehingga ke tahap amat membanggakan pada hari ini.
Oleh itu, ahli-ahli BERSATU kami di Sarawak akan turun membantu kempen serta menggerakkan seluruh jentera untuk memastikan segala usaha dilakukan bagi memastikan GPS mencapai kemenangan besar dan cemerlang pada PRN Sarawak kali ini.
Kita memberi kepercayaan kepada Tan Sri Datuk Patinggi Abang Zohari untuk membawa kemenangan dan sekaligus mempertahankan kerajaan negeri pimpinan GPS. Persefahaman ini juga termasuk dalam rangka stratergi menjelang PRU 15 yang akan datang dimana ia melibatkan PN Sarawak secara khususnya.
Dalam masa yang sama, semoga kerjasama ini memberi kekuatan yang erat diantara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.-pr/BNN