KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Dr. Santhara Kumar A/L Ramanaidu di kediaman rasminya di Sri Gaya Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji telah diberi taklimat peranan dan fungsi jabatan dan agensi Motac di Sabah oleh Dr. Santhara dan ketua-ketua jabatan dan agensi kementerian itu yang hadir.

Sehubungan itu, Hajiji mahu Motac dan agensinya di Sabah membantu industri pelancongan negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Katanya, penggiat industri pelancongan di Sabah amat terkesan akibat COVID-19.
Selain Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alarm Sekitar Sabah, kita mahu
Motac membantu merancakkan dan memulihkan semula industri pelancongan negeri
ini.

“Ini termasuklah pengusaha pelancongan berasaskan komuniti yang memerlukan
sokongan untuk membantu memulihkan aktiviti selepas terjejas akibat pandemik
COVID-19”.

“Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu memastikan sektor
pelancongan kembali rancak dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada
pendapatan negeri”, tegas Hajiji.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Roland Chia dan ketua-ketua
jabatan dan agensi Motac di Sabah.-pr/BNN