KOTA KINABALU: Ahli Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, PMB Investment Berhad mengadakan pertemuan dengan Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah dalam sesi ‘bussiness matching’ di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, semalam.
PMB Investment Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahani Ibrahim berserta rombongan manakala MCCC Cawangan Sabah diketuai oleh Presidennya, Michael Chin Wee Yee.
Antara tujuan pertemuan tersebut adalah memperkenalkan produk PMB Shariah Global Equity Fund oleh pihak PMB Investment Berhad.
PMB Investment Berhad (PMB Investment) merupakan sebuah syarikat pengurusan saham amanah syariah (IFMC – Islamic Fund Management Company), ahli Kumpulan Pelaburan MARA Berhad.
Menurut Michael Chin, pertemuan itu membolehkan pihaknya lebih mengetahui tentang PMB Shariah Global Equity Fund yang selama ini kurang terdedah kepada usahawan Cina.
“Kami akan memaklumkan potensi produk ini kepada ahli-ahli MCCC agar mereka merebut peluang keemasan ini untuk melabur dalam ekuiti”, tegasnya.-pr/BNN