KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan surat pelantikan kepada 24 peserta program Felo Sabah Maju Jaya di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.
Mereka adalah kumpulan pertama graduan yang dipilih untuk program bimbingan dan
pembelajaran langsung selama 6 bulan di 12 kementerian di negeri ini.
Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Negeri, program itu akan dijalankan di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS). Di bawah program itu, peserta Felo SMJ akan menerima elaun bulanan sepanjang program berlangsung.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan mengumumkan inisiatif Felo SMJ ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah tahun lalu, sambil menambah ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan modal insan.
Katanya, program itu merupakan kerjasama pelbagai agensi termasuk Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah.
Yang turut hadir TimbalanTimbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan and Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin, menteri-menteri kabinet dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.-pr/BNN