KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat Persatuan Wanita Progresif Sabah (WASA) di kediaman rasmi Ketua Menteri di Rumah Yayasan Sabah, di Kota Kinabalu pada Isnin.
Kunjungan hormat itu yang diketuai oleh Presiden WASA, Florence Datuk Paul Baklin
bersama Timbalannya, Sante Villiamon, antaranya bertujuan memperkenalkan WASA
sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi wanita.
Florence turut memberi taklimat ringkas mengenai program Wadah Aspirasi Wanita
Sabah (WAWs) sepanjang tahun 2022 yang sedang dilaksanakan persatuan itu.-pr/BNN