SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Iftar Rakyat Bersama Masyarakat Batu Sapi di perkarangan Masjid Wasatiyyah, JalanBatu Sapi, hari ini.

Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di majlis anjuran parti
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Batu Sapi.

Hajiji merupakan Pengerusi GRS dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah.
Dalam ucapannya Hajiji berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan
Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan
datang.

Beliau yakin dengan kerjasama dan perpaduan utuh dalam GRS-BN, calon yang dipilih
bertandingan akan memenangi kerusi parlimen Batu Sapi.

“Amat penting kita bersatu padu bersama-sama menghadapi PRU. Jangan kita terus
bertelaga dan berpecah diantara satu sama yang lain”, tegasnya.

Menurutnya, Kerajaan GRS-BN akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri
Sabah, agar negeri ini tidak tertinggal dalam aspek pembangunan.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr. Ronald
Kiandee, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Pembantu
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Encik Samad Jamri, Ahli Parlimen Libaran, Datuk
Haji Zakaria Mohd.Edris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Encik
Mokran Ingkat, Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Mohamed Razali Razi, Ketua
Bahagian BERSATU Batu Sapi, Encik Khairul Firdaus Akbar, Ketua-Ketua Jabatan dan
pemimpin parti-parti komponen GRS, BN dan NGOs.-pr/BNN