KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan lori untuk unit Kaunter Bergerak Zakat dan Skuad Bantuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Prihatin di perkarangan Masjid Bandaraya Likas, hari ini.
Penyerahan itu dilakukan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad. Hajiji yakin dengan adanya unit kaunter bergerak zakat dan lori Skuad Bantuan MUIS Prihatin akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS.
Masing-masing 1 unit kaunter bergerak Zakat dan sebuah lori Skuad Bantuan akan
ditempatkan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Dengan adanya Kaunter Bergerak (mobile counter) Zakat akan memudahkan Skuad Dakwah Zakat menyebarluaskan informasi berkenaan zakat kepada masyarakat Islam, selain memastikan kelancaran kempen-kempen penghayatan ibadah zakat di seluruh Sabah dan mempelbagaikannya seperti mengadakan kaunter terbuka, Hari Bertemu Pelanggan dan pameran di seluruh daerah.
Sementara lori Skuad Bantuan MUIS Prihatin pula akan berperanan memudah dan
mempercepatkan penghantaran sumbangan dan santunan bantuan seperti bakul
makanan kepada asnaf yang berhak. Dengan adanya lori ini, akan memberi impak kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan agihan bantuan zakat yang sekaligus meningkatkan kekesanan kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan zakat.
Ini juga dapat menjimatkan kos penghantaran bantuan pek-pek/ bakul makanan untuk
disalurkan kepada asnaf yang berhak di setiap daerah. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Ramlan Awang Ali.-pr/BNN