TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis
Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di sini pada Ahad.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri (ADUN KIULU), Datuk Joniston Bangkuai dan
Pembantu Menteri Kewangan (ADUN PANTAI DALIT), Jasnih Daya secara simbolik
menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Timbalan
Superintendan (DSP) Noraidin Ag Maidin

Terdahulu, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor
Kampung Selupuh, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.
Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan
solat sunat Aidiladha.-pr/BNN