KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama sebahagian daripada hadirin yang hadir pada Majlis Belia Sabah Berselawat yang diadakan di Padang Pekan Tuaran, malam tadi (Ahad).

Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara iitu turut dihadiri Menteri
Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Kewangan negeri, Jasnih Daya. Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat kebangsaan pada Sabtu lalu di Padang Pekan Tuaran. -pr/BNN