SANDAKAN : Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Pangima Bung Moktar Radin (gambar) berkata,mentaliti untuk menang perlu ada dalam setiap diri ahli parti dalam usaha membantu kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang kini di ambang pintu.
Beliau berkata,apa jua peringkat mentaliti menang amat penting dan perlu disemat sedalam-dalamnya terutamanya kepada jentera parti dan ahli di peringkat akar umbi.
” Sering saya tegaskan kalau nak menang kita buat kerja cara menang, kalau kita berkerja sambil lewa sudah tentu matalamat untuk menang sukar kita terjemahkan” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Bahagian Kinabatangan di Sabah Hotel dekat sini kemarin.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Jafry Arifin, Naib Ketua Bahagian Pg. Aziz Pg Damsah, Setiauasaha Umno bahagian Wan Daud Kahar Ketua Wanita Hajah Aminah Johan Ketua Pergerakan Pemuda Mohd Kurniawan Naim Bung dan Ketua Puteri Norhhamiza Tinih.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan Jentera di peringkat parti dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu diperkukuhkan dan digerakan sepenuhnya memandangkan masa terlalu suntuk untuk berhadapan dengan PRU Ke-15 yang semakin hampir dilaksanakan,
Katanya di kawasan Parlimen Kinabatangan sahaja terdapat 297 cawangan Umno dan 27 buah PDM yang perlu santuni bagi mengenal pasti kedudukan ahli dalam cawangan dan persediaan di semua di peringkat PDM
” Walaupun Umno di bahagian ini mempunyai keahlian sekitar 28,422 orang namun parti tidak boleh bersandar sepenuhnya kepada jumlah tersebut kerana jumlah pengundi lebih besar daripada angka tersebut termasuklah kehadiran pengundi muda 18 tahun yang akan menentukan kejayaan UMNO/BN mempertahankan kerusi di kawasan ini” katanya.
Sehubungan dengan itu katanya pengundi dari parti kompenan BN yang lain perlu disantuni dan digerakkan bersama sebagai satu pasukan bagi mempastikan kemenangan di kawasan ini,
Tambah Bung, natijah daripada itu kelak segala perancangan dan pelaksanaan bukan sahaja akan berjalan lancar malah akan meningkatkan lagi momentum untuk membantu parti mencapai kemenangan nanti.
” Semua jentera perlu turun padang, kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada laporan di atas kertas sahaja sedangkan setuasi di peringkat akar umbi amat berbeza dari laporan yang ada’ jelas Bung
Bung berkata jentera di peringkat bahagian, cawangan Wanita,Pemuda dan Puteri masing-masing perlu berkerja lebih gigih selain membuat persediaan jentera peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta jentera pilihan raya peringkat Parlimen.
“Ini adalah medan terbaik untuk jentera di akar umbi melihat secara menyeluruh dan masing-masing boleh melontarkan idea serta pandangan dalam usaha memperkemaskan lagi perancangan sedia ada untuk kita sama-sama bergerak ke depan menempuh cabaran,” katanya.
Bung seterusnya menambah, cabaran masa kini dan mendatang tetap ada terutamanya prasepsi negetif terhadap parti dengan pelbagai isu yang melanda negara yang perlu diperjelaskan kepada rakyat agar pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh parti lawan apatah lagi menjelangnya PRU pelbagai fintah dan propaganda yang mereka (pembangkang) teburkan.
Katanya lagi kepelbagain pendekatan dan program amat penting dalam usaha menarik tumpuan serta menambah keyakinan masyarakat khususnya di Parlimen Kinabatangan untuk membuat pilihan yang terbaik dengan memilih BN pada PRU nanti.
“Penumpuan untuk menarik sokongan pengundi baharu dan golongan muda dengan program-program yang bersasar juga perlu kita berikan keutamaan kerana golongan ini juga akan menjadi penantu kejayaan BN” katanya.-pr/BNN