KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) mengsahkan beliau  sehat dan masih berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding  mahkamah  pada  jumaat lepas.
Dalam hantaran yang dimuat naik sendiri   di Media Sosial (FB) milik beliau, Bung mengsahkan   beliau sehat seperti biasa.
” Kepada semua raka-rakan dan juga musuh-musih politik, jangan bimbang (don’t worried) saya kekal di posisi yang tenang  dan masih sehat dalam perlindungan Allah” katanya dalam hantaran ringkas di Media Sosial milik beliau.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu beliau akan bersama rakyat dan penyokong-penyokong BN di Kota Belud pada 10 September  2022 untuk melancarkan program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Kota Belud dan Tuaran.
Sementara itu Setiausaha Akhbarnya Jaafar Abdul Wahid ketika dihubungi berkata sejak petang tadi beliau tidak henti-henti menerima panggilan dan WhatsApp dari kalangan beberapa pemipin dan rakan-rakan Bung bertanyakan khabar ekoran tularnya sekeping  gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp Bung terbaring di atas katil sambil diziarahi Seituasha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin seolah-olah memberikan gambaran  Bung  sakit dan sedang menerima rawatan.
” Gambar tersebut merupakan gambar lama sekitar tahun 2015/2016 ketika Bung balik dari menjalani rawatan buah pinggang di China ,yang sengaja disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi bung dalam kerjaya politiknya” jelas Jaafar.
Sehubungan dengan itu beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai berta palsu yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab, malah menurut Jaafar beliau (Bung) telah mengsahkan sendiri di akaun media sosialnya yang beliau sehat.-pr/BNN