KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pilihan Khas Keselamatan
Parlimen ke-14 (Parliament Select Committee) di pejabatnya di Menara Kinabalu di
sini, hari ini.
Jawatankuasa itu diketuai Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul. AJK lain
ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ahli Parlimen
Ledang, Encik Syed Ibrahim Syed Noh.
Selain mengunjungi Hajiji, AJK Pilihan Khas akan mendengar taklimat mengenai
keselamatan oleh agensi-agensi penguatkuasa di Sabah, termasuk soal
pembangunan dan sosial ekonomi melibatkan kawasan sempadan negara. AJK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia juga melawat Sarawak bagi tujuan yang sama.
Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri
Panglima Sr Haji Safar Untong.pr/BNN