PUTRAJAYA: Sabah berkemungkinan menjadi sebahagian daripada Filipina susulan keputusan pengisytiharan di Mahkamah Paris tidak akan berlaku.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Menteri Di Jabatan Perdana Menter (Parlimen Dan Undang-Undang) di Parlimen Malaysia menjawap demikian kepada soalan yang dikemukakan oleh YB Chan Foong Hin, Ahli Parlimen Kota Kinabalu berhubung isu pertikaian timbang tara antara pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu serta Kerajaan Malaysia

“Sebagai penjelasan kepada jawapan saya mengenai persoalan sama ada Sabah berkemungkinan menjadi sebahagian daripada Filipina susulan keputusan pengisytiharan di Mahkamah Paris, ingin saya tegaskan bahawa situasi ini tidak akan berlaku. Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan Kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia,” ujar Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi.

Keputusan pengisytiharan di Mahkamah Paris telah diserahkan oleh Penimbang Tara Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 yang bertujuan untuk mengisytiharkan pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu dengan tuntutan berjumlah USD14.92 bilion.

“Apabila saya menyatakan bahawa pengisytiharan keputusan Mahkamah Paris tersebut merupakan ‘tuntutan peribadi’, ia merujuk kepada tuntutan yang yang dibuat oleh individu persendirian (pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu) dan bukan tuntutan oleh Kerajaan Filipina.”

“Selanjutnya, apabila saya menyatakan bahawa tuntutan Sulu dan pengisytiharan keputusan Mahkamah Paris tidak ada kena mengena dengan soal kedaulatan, kenyataan tersebut adalah merujuk kepada konteks kedaulatan wilayah – sama ada wujud kemungkinan Sabah diserahkan kepada Filipina,” tegas beliau.

Tuntutan oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu ini merupakan suatu provokasi dan pelanggaran ke atas kedaulatan serta kepentingan ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pada masa ini, pihak berkenaan sedang menggunakan proses timbang tara yang merupakan  mekanisme undang-undang antarabangsa persendirian untuk menyerang kepentingan kedaulatan Malaysia di luar negara. Proses tersebut bukan sahaja disalahguna tetapi ia juga suatu bentuk provokasi ke atas kedaulatan dan kepentingan Malaysia.-pr/BNN