KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Puan Rina Jainal
yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri mengangkat
sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di
Menara Kinabalu, hari ini.

Majlis itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji
Safar Untong.

Rina menggantikan ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang dilantik sebagai
Pembantu Menteri di Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan.

Rabu lalu Hajiji mengumumkan pelantikan Fairuz dan Rina dalam rombakan kecil yang
dibuat berikutan ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda bertindak tingalkan kerajaan
pada pertengahan Oktober lalu.

Hajiji turut mengumumkan pertukaran portfolio dua orang Pembantu Menteri iaitu
Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan kini sebagai Pembantu
Menteri kepada Ketua Menteri dan Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan
Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki kini sebagai
Pembantu Menteri Kewangan Negeri.-pr/BNN