KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada dua Timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah di
pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Selasa. Mereka ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Ini adalah kunjungan hormat pertama mereka kepada Hajiji selepas dilantik sebagai
Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri berkenaan telah memberi taklimat kepada Hajiji mengenai
program yang akan dilaksanakan oleh mereka dan kementerian masing-masing dalam
membantu pembangunan negeri Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Mustapha dan Chan, yakin kedua-dua
pemimpin ini mampu membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat dan negeri
ini mengikut kementerian masing-masing, termasuk melaksanakan amanah yang
dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Persekutuan.-pr/BNN