KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama
antara Kerajaan Negeri dan kementerian khususnya dalam aspek pembangunan sumber asli dan alam sekitar.
Nik Nazmi berada di Sabah atas lawatan kerja bagi meninjau perkembangan terkini beberapa projek dan inisiatif di bawah NRECC di negeri ini.
Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan
Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Haji
Rosli Isa, Setiausaha Bahagian Kanan (Bekalan Eletrik), Puan Mareena Mahpudz dan
Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Encik Hamsha Injau.
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Malaysia,
Puan Fadhlina Sidek dan rombongan terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali dan Timbalan Pengarah (menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Sabah), Encik Mohd Zaini Yanin.
Hadir sama Armizan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Mohd Arif.-pr/BNN