KOTA KINABALU: Peniaga dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) digesa agar menambah baik produk dan kualiti pembungkusan bagi meningkatkan imej produkm asing-masing dan seterusnya berupaya memacu jualan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Dalam masa sama, beliau meminta semua usahawan merebut bantuan dan kemudahan
yang disediakan oleh kerajaan negeri mahu pun Persekutuan.

“Pelancaran syarikat pembungkusan QPACK Sabah juga adalah tepat pada masanya.
Saya melihat peranan QPACK Sabah dalam industri pembungkusan di negeri ini
mampu menjadi tonggak kepada perkembangan IKS dan secara tidak langsung merancakkan pola industri niaga di negeri ini.

“Dalam industri perniagaan, pembungkusan memainkan peranan yang penting bagi
sesuatu produk itu kerana pembungkusan ini akan menjadi `trademark ’ serta imej kepada produk tersebut dan ini sekali gus menjadikan ia sebagai satu indikator pemasaran ke atas produk itu.

“Kepada usahawan di negeri ini, ambillah peluang untuk meningkatkan produk yang
dihasillkan, bukan saja dalam aspek kualiti malah pembungkusan yang menarik, agar dapat bersaing dengan produk dari luar,” katanya ketika merasmikan Pelancaran
QPACK Sabah Sdn Bhd di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, peruntukan khas tambahan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM600 juta untuk komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak,adalah inisiatif yang baik yang perlu diambil peluang oleh peniaga serta usahawan IKS untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Sudah pasti peruntukan khas tambahan ini akan membantu peniaga kecil dan usahawan IKS di negeri ini, khususnya untuk menambah baik dan mempergiatkan promosi produk mereka.

“Selain peruntukan khas ini, kerajaan negeri turut memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan

Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan pada tahun ini, bagi
mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Dengan pelbagai peruntukan dan bantuan diberikan kerajaan selain pelancaran syarikat pembungkusan QPACK Sabah, saya berharap kita mampu melahirkan usahawan IKS yang dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan
antarabangsa,” katanya.

Hajiji berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada sebarang usaha yang
dilakukan oleh individu atau syarikat termasuk QPACK untuk merancakkan pembangunan ekonomi di negeri ini.

“Saya melihat kehadiran syarikat seperti ini turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak di negeri ini. Saya berharap QPACK yang dimiliki anak jati Sabah ini akan menjadikan negeri ini sebagai salah sebuah hub evolusi pembungkusan terbesar suatu hari nanti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga dan usahawan IKS walau dari mana berasal, kampung mahu pun luar bandar, jika berusaha untuk maju ke hadapan, pasti akan berjaya.-pr/BNN