KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM107.43 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, pada tahun ini, antara lain bagi meneruskanprojek pembinaan kompleks yang diperlukan golongan orang kurang upaya (OKU) danwarga tua.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata ia membabitkan
pembinaan Kompleks Bersepadu OKU dan warga tua serta pembinaan bangunan
Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan; dan Kompleks Latihan OKU di
Daerah Sandakan.
“Di samping itu, bagi meneruskan pemberian bantuan kepada golongan rentan
khususnya OKU, warga tua, anak yatim dan Ibu tunggal serta bantuan am di seluruh
negeri ini, Kerajaan bersetuju menaikkan peruntukan kepada RM76.29 juta pada tahun
ini dengan seramai 24,781 orang akan menikmati manfaat di bawah bantuan ini,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Program `Sentuhan Kasih
Untaian Budi’ di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Sembulan di sini pada
Sabtu.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan
Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menyokong penuh program kemasyarakatan
yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukannya di negeri ini.
Katanya, usaha mahasiswa Pendidikan Lanjutan Universiti Utara Malaysia Kampus
Kota Kinabalu yang bekerjasama dengan pelbagai pihak lain untuk mengadakan
program “Sentuhan Kasih, Untaian Budi” di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang
Upaya, Sembulan, amat dihargai.
“Sesungguhnya, menyantuni dan membantu masyarakat khususnya mereka yang memerlukan bantuan, amat dekat dihati saya. Sebab itu, saya amat gembira dengan pelaksanaan program ini yang mana ia melibatkan universiti dari luar negeri Sabah.
“Ini sejajar dengan komitmen tidak berbelah bagi kerajaan negeri Sabah untuk
membantu pelbagai pihak, bukan sahaja golongan pelajar malahan golongan kurang upaya. Saya dimaklumkan selain menyantuni anak-anak di Taman Didikan Kanak-
Kanak Kurang Upaya, Sembulan ini, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuklah aktiviti gotong royong, ceramah dan juga menyampaikan sumbangan bantuan.
“Usaha seperti ini amat baik dan saya berharap lebih banyak lagi pihak lain termasuk
pelajar dari universiti akan melaksanakan program khidmat bakti kepada masyarakat
yang memerlukan bantuan,” katanya.
Beliau turut berharap penganjuran program ini dapat menyuntik semangat mahasiswa
untuk terus mengadakan program bermanfaat seperti ini pada masa akan datang.
“Program seperti ini bukan saja memberi manfaat kepada masyarakat malah program
berbentuk khidmat komuniti ini dapat memupuk dan membentuk sahsiah pelajar.
“Penerapan nilai-nilai seperti pengurusan, pentadbiran dan pengatur caraan di dalam
program akan memperkasakan lagi kebolehan mahasiswa dalam mendepani situasi
sebenar alam pekerjaan,” katanya.-pr/BNN