Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Rumah
Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima
(Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri
Kinabalu, di sini pada Ahad.
Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Hajah Norlida Tan Sri Datuk R.M.
Jasni, dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Julia Salag serta
jemaah Menteri Kabinet negeri Sabah.-pr/BNN