KOTA KINABALU: Pada 25 April 2023, dilaporkan dua orang budak berumur 13 tahun telah terkena sambaran petir di Padang Bola Papar yang mengakibatkan seorang daripadanya telah meninggal dunia.

Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong, JP. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan akhbar berkata kejadian Fenomena Petir/ Kilat yang berlaku dibeberapa tempat ketika ini yang menghasilkan sambaran petir/ kilat boleh mengenai manusia sekiranya berada dikawasan terbuka dan mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.

Orang awan dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola, dan kawasan kawasan lapang lainnya sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini berlaku, katanya.-pr/BNN