BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia ( KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Istana Nurul Iman pada Sabtu.
Terdahulu mereka menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-
Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R. M. Jasni.
Hajiji dan Juliah juga menghadiri Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir
Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Pada hari Ahad, Hajiji dan Juliah menghadiri Majlis Persantapan Bagi Memperingati Hari Puja Usia Yang Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.-pr/BNN