KOTA KINABALU: Kepimpinan baharu Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) 2022-2024  kini diterajui oleh 80 peratus muka baharu.
Dalam Mesyuarat Agung Tahunannya  yang diadakan disebuah hotel minggu lalu, sebulat  suara mengekalkan peguam, Dato’ Dr. Jelani Hamdan sebagai Presiden dan Jose Modsinupu sebagai Timbalan Presiden 1. Sementara Mantan Setiausaha Agung Vun Phau Aumansai dilantik sebagai Timbalan Presiden 2.
Seramai tujuh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) baru bergelar Doktor antaranya Dr. Paul Porodong sebagai Setiausaha Agung yang juga merupakan Ahli Majlis Kebudayaan Negara,  Prof Madya Dr. Romzi Atiung (Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS)), Dr. Angeline Madatang (pakar Anatomik Hospital Queen Elizabeth), Dr. Jamaun Angkap (Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah),  Dr. Ovelyn Matanluk dan Dr. Madusi Mangabun.
Turut menerajui AMT ialah ASP Ronning Mulut (pegawai kanan PDRM), Raimon Sokudat (ahli muzik di Jabatan Penyiaran Malaysia) dan Cik Crystaline Jaisus (pramugari  Batik Air). Seorang lagi ahli muzik turut dipilih iaitu Charles Osingko, pengasas Rapot Sanggong, sebuah kumpulan muzik yang mengetengahkan muzik etnik.
Turut dipilih ialah Cik Ruhini Andong, Pegawai Makmal Perubatan di Hospital Likas yang juga salah seorang Naib Presiden SAMORA, manakala mantan Unduk Ngadau Pitas, Cik Treacy Chee turut dilantik menyandang jawatan Naib Presiden (Puteri).
Golongan pendidik turut membarisi AMT persatuan itu, mereka terdiri  Cikgu Dr. Ovelyn Matanluk,  Cikgu Flemie@ Emie Binti Binsuil  yang menyandang Ketua wanita,  Cikgu Miner Gimpau  (Ketua Pemuda) dan Cikgu  Deshen Ungkoput.
Turut tersenarai ialah penggiat adat, kesenian, bahasa, usahawan, petani, pesara dan kakitangan swasta iaitu Endry Gimpou, Ranjamal Muntudok, Jonan Olok, Thomas Arinjamal (Naib Presiden 1), Jomi Kamandan, Joseph Abis Mongingkal, Jackson Madalim dan Fredey Bongirun.
Menurut Jelani, sokongan dan kerjasama padu golongan profesional dan penggiat budaya dan seni menunjukkan keyakinan dan harapan tinggi masyarakat Rungus kepada SAMORA.
Katanya, gabungan pelbagai latarbelakang dan profesyen akan menjadikan SAMORA sebuah persatuan yang dinamik dan profesional dalam memikirkan hala tuju masyarakat Rungus.
Beliau mengingatkan semua AMT yang dipilih dan dilantik agar menggunakan platfom SAMORA untuk menabur bakti kepada masyarakat.
Ketika ditanya bagaimana seorang pakar perubatan dapat memberi sumbangan kepada SAMORA, Dr. Angeline Madatang berpendapat tidak kira bentuk dan cara, beliau  akan berusaha menyumbang untuk ‘mengembalikan sesuatu’ kepada masyarakat Rungus kerana dia dibesarkan dan diberikan identiti oleh masyarakat Rungus.
Sementara itu, Setiausaha Agung SAMORA, Dr. Paul Porodong memaklumkan pindaan perlembagaan yang melibatkan penubuhan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta perubahan tempoh AMT dari dua ke tiga tahun.
Selain itu beliau juga menggariskan beberapa aktiviti SAMORA termasuklah menambah nilai Pesta Magahau dan Malam Anugerah dan Penghargaan Rungus.
Dr.Paul turut memberi komitmen untuk menjalankan kerjasama strategik dengan persatuan-persatuan berasaskan Rungus serta persatuan-persatuan lain untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kepentingan bersama.
Beliau turut mengumumkan perlantikan  Markus Suman sebagai Penasihat SAMORA dan Mailin Masimbin sebagai Juruaudit Dalam.
Mesyuarat Agung Tahunan SAMORA yang diadakan di Hotel Tang Dynasty dihadiri oleh 102 perwakilan dari tujuh zon seluruh Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Matunggong, Pitas, Beluran, Paitan dan Kota Kinabalu.-pr/BNN