KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan Sabah akan membuka semula Program Pemutihan
Pelesenan (Amnesty) 2.0 selepas pernah di adakan pada tahun 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, langkah ini diambil diambil setelah Jabatan mengambilkira semua aspek serta permintaan daripada para nelayan dan pengusaha dalam industri perikanan tangkap marin.

Katanaya Program Pemutihan Pelesenan 2.0 akan diperluaskan skopnya dengan melibatkan beberapa penambahbaikan syarat- syarat yang merangkumi perikanan tradisi dan komersial.

“Ini bermakna, mana-mana nelayan atau pengusaha perikanan tangkap marin di Sabah
yang mempunyai masalah atau isu berkaitan pelesenan perikanan tangkap marin, boleh berhubung terus dengan Pejabat-Pejabat Perikanan Daerah masing-masing.”

Pada tahun lalu, sebanyak 131 permohonan telah diluluskan dan dijangkakan tahun ini akan lebih banyak permohonan diterima yang akan memberi manfaat kepada nelayan tradisi dan komersial dalam sektor perikanan tangkap marin di 16 buah daerah, katanya.

Dengan adanya program seperti ini, ianya akan membantu melonjakkan lagi perkembangan industri perikanan di Sabah bagi memastikan bekalan ikan tempatan dan untuk eksport sentiasa tersedia dan mencukupi. Pembukaan semula Program Pemutihan Pelesenan akan bermula pada bulan Ogos ini dan dijangka dilaksanakan tidak melebih
tempoh 3 bulan.

“Pihak Kementerian menyeru kepada semua Nelayan di Sabah untuk mengambil peluang program pemutihan (amnesty) ini kerana, Jabatan Perikanan Sabah selepas ini tidak bercadang untuk mengadakan program pemutihan pada masa akan datang.”-pr/BNN