Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M. Yahya diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman bersama sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sempena Majlis Perasmian Kursus Etiket Sosial dan Protokol Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Khamis.

Program ini dianjurkan Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dan Jabatan
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah khas untuk ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bertujuan melahirkan wakil rakyat yang berkredibiliti dan profesional serta meningkatkan imej dan kemahiran beretika sebagai ADUN negeri Sabah. Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Joachim Gunsalam; Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib serta Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung. -pr/BNN