KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian replika cek berjumlah RM100,000 sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) daripada Firm Horizon.

Pengarah YKS, Rugayah Ag Besar menerima sumbangan berkenaan daripada Pengarah Urusan Firm Horizon, Raymond Fang Nee Hone di Menara Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Sumbangan itu adalah daripada dana konsert Sheila Majid Big Band Live di Kota Kinabalu, baru-baru ini. YKS yang dilancarkan kerajaan negeri pada September 2021 berperanan dalam membawa agenda kebajikan kerajaan kepada golongan sasar. -pr/BNN