KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan pelancongan Luarbandar Sabah (FeRTAS) menyambut baik peruntukan sebanyak RM106.14 juta untuk pembangunan pelancongan luarbandar dalam Bajet Negeri 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada 24 Nov. 2023.
Jumlah peruntukan tersebut amat wajar memandangkan pelancongan luarbabdar, terutama sekali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT), di negeri Sabah telah mula menunjukkan hasil yang significant selepas secara agresifnya dibangunkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) pada tahun 2014.
Menurut kenyataan Walter Kandayon, presiden Gabungan Persatuan Pelancongan Luar bandar Sabah (FeRTAS) pembangunan CoBT hanya mula dirancakkan 8 tahun lalu, namun program ini sudah terbukti berupaya menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.
CoBT berjaya menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan pembangunan modal insan di luar bandar.
Sebagai contoh ada beberapa CoBT di Kiulu dan Kota Belud yang diangkat oleh kerajaan negeri sebagai perintis pembangunan pelancongan pelancongan luarbandar mampu menjana pendapatan sehingga menjangkau RM20,000 sebulan, katanya.
Menurut beliau, dengan adanya peruntukan yang lebih besar maka lebih banyak program yang melibatkan pelancongan komuniti di luar bandar dapat dilaksanakan.
“Bagi pihak komuniti pelancongan luar bandar di Sabah , Gabungan Persatuan Pelancongan Luar bandar Sabah (FeRTAS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri, di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.”
Sesungguhnya FeRTAS amat kagum dengan kebijaksanaan YAB Ketua Menteri dalam memberi fokus kepada tiga bidang utama pertumbuhan ekonomi termasuk industri pelancongan, katanya.
“FeRTAS amat mengalu-alukan peruntukan tersebut dan yakin bahawa ia mampu memacu pembangunan pelancongan luar bandar sering dengan impian 2030 , pelancongan luar bandar Sabah bertaraf dunia.”-pr/BNN