TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menghadiri Cermah Perdana sempena Tamu Belia Tuaran
2023 anjuran Tuaran Youth Club di Padang Istiadat Tuaran pada Ahad.
Penceramah jemputan khas, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid menyampaikan ceramah bertajuk “Keperibadian Rasulullah SAW”.
Hadir sama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd
Arif, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya. Ribuan masyarakat Islam khususnya golongan belia menghadiri majlis itu.-pr/BNN