KOTA KINABALU: Merujuk kepada berita di Daily Express bertarikh 12 Januari 2024 versi Bahasa Inggeris di mukasurat 3 yang bertajuk “Group blocks access to mining” yang perlu penjelasan secara rasmi.
“Berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh Kelana Benza yang mewakili Pusat
Komuniti Kampung Balung Kokos bahawa operasi lombong di Bukit Mantri Balung
adalah tidak sah, saya sebagai Pengarah Tanah dan Ukur merangkap Ketua Merinyu
Galian yang bertanggungjawab tentang perlombongan di Negeri Sabah mengesahkan
bahawa lombong tersebut adalah sah (legal) dan tidak ada apa-apa perintah dikeluarkan untuk menghentikan operasi lombong di bawah Ordinan Perlombongan Sabah 1960,’ kata
Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min, Pengarah Tanah dan Ukur serta Ketua Pemeriksa Lombong dalam satu kenyataan.
“Semakan jabatan ini ke atas aduan penutupan laluan jalan ke kawasan lombong
berkenaan juga telah dijalankan dan didapati status laluan jalan berkenaan adalah
Simpanan Jalan Kerajaan (Government Road Reserves) dan laluan melalui Hutan
Simpan yang dikeluarkan Permit Menduduki (Occupation Permit – OP) oleh Jabatan
Perhutanan Sabah.”
“Pihak pengadu dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang tindakan sendiri untuk menutup laluan milik kerajaan kerana tindakan mereka adalah menyalahi Seksyen 171 Ordinan Tanah Bab. 68 di mana sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen ini boleh dikenakan denda tidak melebihi Ringgit Malaysia Seratus Ribu atau dipenjarakan tidak melebihi Lima Tahun atau kedua�duanya.”
“Kami berharap agar Komuniti Kampung Balung Kokos tidak menutup laluan jalan
berkenaan untuk menghalang operasi perlombongan.”-pr/BNN