KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Hajiji Noor mengiringi
Yang di- Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika menghadiri Mesyuarat
Majlis Raja-Raja Kali Ke-265 di Istana Negara, hari ini pada Khamis.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu bermula pada Rabu. Pada Selasa
lalu, Ketua Menteri telah menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang
ke-142 di Perdana Putra di Putrajaya. -pr/BNN