KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) amat kecewa dengan kenyataan Datuk Suhaimi Nasit yang mempersoalkan kejayaan program Hala Tuju Sabah Maju Jaya di Sabah.
Menurut Datuk Zulkarnain Mahdar Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah dalam satu kenyataan media (kelmarin) meminta Kerajaan Sabah menjelaskan kepada rakyat berhubung Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang dilancarkan pada 2021,yang disifatkan sebagai gagal berikutan isu kemudahan asas dan kemiskinan masih berlarutan.
G57 ingin menyatakan kepada Suhaimi sejak bersahabat baik dengan Shafie Adpal dan Parti Warisan serta berada dalam barisan kem pembangkang di Sabah, Suhaimi kelihatan semakin kurang bijak di dalam menterjemah isu membabitkan pentadbiran negeri Sabah,katanya.
Salah satu pengisian program Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebenarnya telah berjaya menunjukkan hasil yang cukup positif apabila Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya menarik begitu banyak pelabur luar menlabur ke Sabah sekaligus data secara jelas menunjukkan bilangan kadar pengangguran di Sabah sedikit menurun.
“Contoh ringkas yang ingin diberrikan apabila Kerajaan Negeri Sabah berjaya membawa masuk Syarikat SK Nexilis Co Ltd (SK Nexilis), salah satu pengeluar kerajang tembaga terbesar di dunia yang telah membina kilang operasi pengeluaran kerajang tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sabah bernilai RM2.3 billion.”
Kilang yang telah memulakan operasi di Sabah ini sebenarnya telah membuka peluang ratusan anak-anak Sabah bekerja.
Selain itu kilang pembuatan kaca fotovolta solar (PV) yang dikendalikan oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bernlai RM3 billion yang sedang dibina di KKIP juga bakal mewujudkan 1,400 pekerjaan baharu, dengan komitmen sekurang-kurangnya 90 peratus jawatan untuk diisi oleh rakyat Sabah.
Suhaimi juga dilihat seumpama meludah ke langit terkena muka sendiri apabila mempersoalkan keadaan jalan di Sabah termasuk elektrik dan air dalam masa yang sama Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sebelum ini dipegang oleh Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Harus diingat individu yang diberikan tanggungjawab oleh Hajiji untuk menyelesaikan masalah jalan, air dan elektrik di Sabah adalah Bung Moktar sebelum diliucutkan jawatan menteri pada bulan Jan 2023.
Bung Moktar sepatutnya tidak berdiam diri membabitkan isu ini kerana punca kegagalan masalah jalan, air dan elektrik ada mengena dengan kementerian yang diterajui oleh Bung selama hampir 2 tahun.
“Suhaimi juga sepatutnya bersikap adil dan turut bertanya kepada Shafie Apdal sepanjang mentadbir Sabah selama 26 bulam kenapa kadar KDNK negeri Sabah jatuh menjunam kepada 0.5 peratus, kadar pengangguran meningkat, rezab kewangan negeri berkurangan, kegagalan membawa masuk pelabur luar ke Sabah dan pelabur luar gagal membeli kilang SFI sehingga menyebabkan ratusan pekerja telah hilang pekerjaan.”-pr/BNN