KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena Program Cahaya Kasih Mutiara dan Majlis Buka Puasa bersama anak-anak yatim di Sabah International Conventiom Centre (SICC), di Kota Kinabalu, pada Isnin.

Majlis ini sebahagian daripada program MUTIARA GRS melalui pelbagai program amal
dan ilmu, khususnya untuk menyantuni golongan yang memerlukan bantuan.

Program ini adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan Biro Agama MUTIARA GRS dengan
kerjasama agensi seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah; Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Badan Amal dan Kebajikan Islam (BALKIS), Jabatan Ketua Menteri.-pr/BNN