KOTA KINABALU: Seramai 393 peserta terdiri daripada lepasan universiti dan mahasiswa telah menyertai program di bawah Professional and Education For Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) di bawah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata JKR Sabah di bawah Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah menyasarakan sebanyak 2300 penyertaan di bawah pelaksanaan projek tersebut menjelang tahun 2028 dan menggalakkan lepasan mahasiswa terutamya di dalam bidang teknikal untuk menyertai program tersebut.
Katanya, pihak JKR Sabah telah melaksankan program tersebut di bawah penglibatan pihak Juruperunding Pengurusan Projek, Konsultan Rekabentuk dan juga Kontraktor – kontraktor di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo. Ini terdiri daripada 4 juruperunding dan juga 15 kontraktor pakej kerja di seluruh Sabah.
Beliau berkata, antara kekangan yang di hadapai oleh pihak pelaksana projek adalah di sebabkan oleh lepasan mahasiswa yang tidak berminat untuk di tempatkan di kawasan luar bandar di sebabkan oleh lokasi pejabat tapak pembinaan yang jauh di pedalaman selain daripada kekurangan lepasan jurusan teknikal daripada university tempatan.
Dalam usaha untuk terus mecapai sasaran 100 peratus di bawah pelaksanaan project tersebut, pihak JKR Sabah dan pihak pelaksana projek telah mewujudkan seketariat utama di bawah Projek Management Konsultan bagi memastikan penglibatan program PROTEG berjalan dengan lancar.
Selain daripada itu, pihak JKR sabah juga turut mengambil penglibatan dengan menyertai pameran kerjaya dengan agensi agensi kerjaan seperti PERKESO.
Sementara itu, Ketika di tanya mengenai perkembangan semasa Lebuhraya pan borneo Sabah Fasa 1, Sebanyak empat (4) Pakej Kerja daripada lima belas (15) pakej kerja fasa 1 telah di buka kepada orang awam dan pengguna jalan raya.-pr/BNN