KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato Dr Haji Adnan Mat di pejabatnya di Menara
Kinabalu pada Khamis.
Antara yang dibincangkan dalam pertamuan itu ialah mengenai isu kenaikan gaji
penjawam awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, selain mengenai isu pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk
penjawat awam.
Beliau diiringi oleh Setiausaha Kewangan CUEPACS, Encik Anuar Mamat, Pengerusi
CUEPACS Sabah, Encik Ajulahin Japin, Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah
(KGKS), Encik Murkam Haji Hussien dan Setiausaha Agung KGKS, Encik Riduan Mohd
Yassin.
Dr Adnan berada di Sabah atas lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan
Kiulu.-pr/BNN