KOTA KINABALU: Pertama sekali, tahniah pada Suhaimi Nasir sebab berani mewakili UMNO Sabah untuk bercakap soal tuntutan 40% ini, saya sudah jangka kritikan dari UMNO akan keras, tetapi tidaklah sampai tahap suruh KM Sabah letak jawatan.
Iskandar Zulkarnain Ramli, Timbalan Ketua Pemuda GRS dan KGB (Pemuda) USNO
dalam satu kenyataan berkata, seperti dimaklumi, Ketua Menteri tidak wajar dipersalahkan dalam situasi di mahkamah pada 16 Mei 2024 lalu. Apatahlagi, beliau tidak dimaklumkan langsung daripada AG tentang hal itu. Pada saya, pihak yang wajar dipertanggungjawabkan adalah SKN dan AG yang tidak peka dan serius dalam isu tersebut.
“Tetapi, lupakah kamu siapa yang lantik SKN sekarang? Bukankah beliau lantikan kawan baik kamu iaitu Presiden Warisan sekarang semasa menjadi Ketua Menteri 2018. Kalau ini zaman UMNO memerintah, saya fikir Suhaimi dan rakan-rakan pasti akan diam dan buat bodoh sahaja,” katanya.
“Namun, ini adalah zaman GRS dan rakyat serta pemimpin dalam kerajaan sendiri sudah matang berpolitik. Menyedari hakikat bahawa wujud isu efisiensi dalam tugas SKN dan AG, pimpinan GRS terutama para presiden parti tidak perlu tunggu pembangkang-pun untuk menegur secara terbuka. Itu sudah menjadi bukti bahawa Sabah sudah mulai matang dalam politik bukan macam zaman parti Suhaimi dan Bung memerintah dulu.”
Tambah beliau, kalau UMNO cadang Hajiji dan Kabinet letak jawatan gara-gara seorang ‘FUAD’ yang sedang dalam hujahnya sendiri tiadapun sebut Sabah tiada hak tuntut 40%, apalah kurangnya dengan UMNO yang sudah 30 lebih tahun wujud di Sabah tetapi diam dan membisu semasa kamu jadi pemerintah.
“Kalau saya jadi Suhaimi, jangankan bercakap untuk parti dalam isu ini, mahu kasi tengok muka-pun saya malu, bagus lagi saya cadang bubar saja UMNO Sabah ini.”
(baca: saya tidak tahulah geng-geng ini pandai bacakah tidak itu kertas prosiding dalam Bahasa Ingeris dan faham seluruh naratif prosiding itu).
“Kenapa sekarang baru mahu jadi hero? Kenapa 16 Mei 2024 itu tiada seorang-pun pemimpin UMNO turun ke mahkamah untuk zahirkan solidariti? Ada arahan ‘BIG BOSS’ yang terpaksa kamu tunggu dari Malaya-kah?”
“Bung juga cakap dulu, jangan tuntut nanti Persekutuan ‘bankrupt’, saya mahu tanya Suhaimi, UMNO jadi kerajaan persekutuan sejak Malaysia 1963 lagi, malah kamu pernah memerintah Sabah lebih sedekad, kenapa sejak 1970, hak Sabah untuk 40% ini tidak pernah direview? Selama bertahun-tahun itu, adakah ini bukan keutamaan UMNO? Kenapa lepas jadi pembangkang terus macam cacing kepanasan?”
“At least, sejak Hajiji jadi Ketua Menteri, GRS perintah negeri, review telah diadakan, kita mulai terima interim dari RM26.7 Juta/Tahun sampailah RM300 Juta/Tahun. GRS telah tegaskan bahawa interim ini bukan penyelesaian tuntas, formula tetap pembayaran harus segera disepakati dengan Kerajaan Persekutuan, jika tidak GRS akan guna klausa 112 C untuk lantik penaksir bebas untuk kira semua ‘oustanding balance’ dan komitmen yang perlu dilunaskan.”
Ringkasnya, GRS dan Hajiji sentiasa sokong apa sahaja jalan yang ada untuk tuntut baik dari segi pentadbiran (sinergi antara kerajaan negeri dan persekutuan) mahupun secara perundangan seperti yang Sabah Law Society usahakan. 40% itu tetap jadi keutamaan, saya jadi hairan, usaha GRS ini setahu saya sudah bermula sejak kamu masih dalam kerajaan negeri penggal ini, kenapa kamu sanggup buat Langkah Kinabalu untuk tinggalkan GRS yang bersusah payah perjuangkan isu ini? Sebab kuasa dan Pengerusi Perhubungan tidak sabar mahu jadi Ketua Menteri?
Hajiji dan GRS tidak pernah ‘surrender’ dalam isu hak Sabah, kalau bukan Hajiji sebagai KM pertama yang ‘fight’ untuk review sampai sekaranglah kita terima RM26.7 Juta sahaja, kalau bukan Hajiji yang fight isu Hak Wilayah Laut mungkin sampai sekarang Sabah tidak merasa hasil dari sempadan lautnya, kalau bukan Hajiji jadi KM rakyat tidak akan rasa pelbagai inisiatif hasil dari tuntutan berterusan ini.
Kalau bukan Hajiji dan GRS mahu harap siapa? Kita mahu harap pemimpin yang takut turun demo sebab nanti kena marah Presiden Parti di Malaya? Kami mahu harap sama pemimpin yang takut ‘Federal Bengkrap’ dan biar rakyat Sabah diam? Tidak akanlah rakyat Sabah mahu Ketua Menteri kaki main ‘jackpot’?-pr/BNN