KOTA KINABALU: Saban tahun Sejak tahun 2012 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sunduvan Sabah menganjurkan hari memperingati mangsa nahas kapal terbang Nomad N-22B 9M-ATZ yang terhempas pada 6 jun 1976.
Dalam satu kenyataan Aloysius Danim Siap Pengerusi NGO Sunduvan Sabah berkata tujuan utama setiap kali penganjuran adalah untuk menuntut dan meminta kerajaan mengeluarkan laporan siasatan nahas Double Six yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di bawah seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta 88.
Perjuangan tersebut diteruskan hinggalah laporan siasatan Double-Six Tragedy, telah dinyahklasifikasi pada 6 April 2023.
“NGO sunduvan Sabah rasa bersyukur kerana perjuangan kami dan rakyat sabah tidak sia-sia,” jelas Aloysius.
“Tahun ini pada 6 jun 2024 sekali lagi NGO Sunduvan Sabah menjemput semua sabahan untuk Bersama-sama memperingati mangsa nahas tragedy double six. Majlis akan diadakan pada jam 9.00 pagi, sebagai tanda solidariti mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam.”
NGO sunduvan Sabah bertekad agar peristiwa double six ini dapat dijadikan silibus wajib dalam Pendidikan sejarah khususnya sejarah Sabah. Harapan kami ia dapat diajarkan di setiap sekolah agar generasi muda tidak lupa bagaimana peristiwa double six telah merubah lanskap politik Sabah dengan drastiknya.
Biarlah sejarah hitam ini menjadi ingatan dan panduan kepada kita semua tegas Aloysius mengakhiri perbualan, tegas nya.-pr/BNN