PUTATAN: University College Sabah Foundation (UCSF) bersama sekumpulan alumni universiti itu telah mengedar beg bukan woven di lokasi terpilih di Pekan Putatan, baru-baru ini.
Program mengedar bag itu melibatkan lebih 10 orang terdiri daripada kakitangan universiti dan alumni UCSF.
Antara yang menyertai program itu termasuklah Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris, Ketua Pusat Bahasa, Puan Norasyikin, Encik Nasrun (Pensyarah) dan Ketua Unit Alumni, Puan Rozianah.
Menurut Dr Rafiq,  UCSF terus memperkukuh aktiviti dan program kesedaran bawa bag dan Kempen Pengurangan Penggunaan Bag Plastik yang telah lama berlangsung di universiti itu.
“UCSF juga telah diprojeksi sebagai Green Model Boutique University. Falsafah dan konsep hijau merupakan perkara yang mendapat penekanan di UCSF sejak penubuhannya hampir 10 tahun lalu”, katanya.
Katanya, program mengedar beg itu merupakan simbol sokongan UCSF terhadap usaha kerajaan dan banyak pemegang taruh untuk tidak menggalakkan penggunaan beg plastik membawa kesan tidak baik kepada persekitaran.
“Dari perspektif universiti, kita akan berusaha menyokong usaha transisi dan pemberhentian penggunaan plastik di premis tertentu secara berperingkat.  Kita yakin inisiatif ini boleh direalisasi jika program kesedaran dibuat secara berterusan”, tegas Rafiq.-pr/BNN