PANSIANGAN: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu membuat kenyataan terbuka untuk bertanding di semua 73 kerusi pada Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah (PRN) akan datang adalah tidak sesuai dan terlalu awal buat masa ini.
Jordan Jude Ellron yang merupakan Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) kurang bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Pandikar mengatakan atau mempersoalkan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan parti-parti komponen GRS yang lain kerana belum membuat kenyataan terbuka mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh GRS pada PRN akan datang. Kenyataan ini boleh mencemarkan image GRS dan kepimpinan Ketua Menteri kita.
Jordan mengatakan, “Kita masih mempunyai baki masa 1 tahun sebelum PRN di Sabah, kita harus faham ketika ini YAB Ketua Menteri kita masih lagi dilihat bekerja keras demi memastikan kemajuan Sabah dan rakyatnya.”
Tambah Jordan “Seperti yang kita ketahui sifat Ketua Menteri kita amat teliti dan sentiasa mempunyai fikiran dan jalan terbuka dalam setiap keputusan yang akan beliau laksanakan dan kita serahkan atas kebijaksanaa Ketua Menteri kita dalam keputusan mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh PGRS.”
Selain itu, Jordan juga menyatakan perbincangan pembahagian kerusi perlu dilaksankan secara tertutup dan harus diperhalusi secara teliti bagi memastikan strategi dalaman tidak diketahui pihak lawan dan memastikan kepimpinan tertinggi dalam GRS dapat meletakkan calon yang boleh menang (winnable candidate).
“Kita tidak mahu sejarah berulang kembali seperti kebanyakan kerusi yang lalu yang disandang oleh parti pemerintah kalah dengan parti lawan dan kebanyakan dimenangi oleh parti bebas, ini termasuk kerusi-kerusi parlimen kita sepert di Kota Belud, Tenom, Kudat dan beberapa tempat lagi di Sabah.”
Menurut Jordan,Ketua Menteri  harus di berikan sedikit ruang  untuk membuat keputusan bersama barisan kepimpinan tertinggi di dalam GRS. “Kita yakin Ketua Menteri mempunyai kebijaksanaan dan strategi dalam menghadapi PRN akan datang”.
Bagi mengukuhkan parti tempatan di dalam GRS kita harus menujukan kesatuan kita didalam GRS. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tan Sri Pandikar Jordan bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Pandikar mengenai parti tempatan perlu menerajui kepimpinan di Sabah dan mengenai tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah yang perlu dibayar balik oleh kerajaan pusat harus diperjuangkan.-pr/BNN